OBJEKTIF BLOG

Mengapa blog ini wujud?

Jawapannya kerana saya ingin memudahkan rakyat Malaysia mendapatkan maklumat. Hal ini kerana kebanyakan maklumat yang berguna dikongsi dalam bahasa Inggeris. Tidak semua rakyat Malaysia dapat menguasai bahasa tersebut dengan baik. Oleh itu, penyebaran ilmu terbatas kerana bahasa. Melalui blog ini, saya akan  berkongsi tentang beberapa bidang ilmu dalam bentuk yang mudah difahami. Moga-moga dengan kewujudan blog ini, penyebaran ilmu akan menjadi lebih berkesan. Terima kasih.

-abdullahrzmz

Ulasan