KOMPUTER: Hard disk

Apa itu hard disk? Hard disk ialah tempat di mana anda menyimpan semua maklumat yang ada dalam komputer anda. Bentuknya seperti ini;

Image result for hard disk


~penerangan tambahan, ;



Image result for big and small cabinet
Hard disk seperti almari, tempat di mana segala maklumat disimpan.

Almari dalam sesebuah pejabat menjadi tempat fail, buku, dokumen dan segala maklumat disimpan. Lebih besar almari anda, lebih banyak maklumat dapat disimpan. Begitu juga dengan hard disk dalam komputer anda. Hard disk menjadi tempat segala jenis maklumat disimpan termasuklah video, gambar dan permainan video(game).






Maka sekarang anda sudah faham apa itu hard disk. Namun, tahukah anda bahawa terdapat beberapa jenis hard disk. Berikut ialah;
1. HDD
2. SSD

Image result for hdd
HDD-lembap

HDD ialah jenis hard disk yang paling popular dan banyak digunakan dalam komputer. HDD umpama CD besar yang sentiasa berputar dalam kelajuan yang tinggi. Kelebihan HDD ialah murah. Walaubagaimanapun, HDD juga mudah rosak, menghasilkan getaran dan bunyi, menggunakan tenaga yang lebih banyak, menghasilkan haba dan yang paling signifikan-lembap. HDD juga menjadi punca utama laptop anda selalu 'hang'. Hal ini kerana pemindahan data yang berlaku pada HDD adalah amat perlahan. 

Image result for SSD
SSD-pantas
SSD mungkin jarang digunakan. Hal ini kerana ia merupakan teknologi baru yang amat mahal. Untuk perbandingan, dengan RM250 anda boleh membeli HDD bersaiz 1TB(1000GB), sedangkan dengan harga yang sama anda hanya dapat membeli SSD bersaiz 120GB. Adalah dapat dilihat bahawa harga SSD adalah hampir 10 kali ganda harga HDD. Tetapi mengapa? Hal ini kerana pemindahan data pada  SSD adalah lima hingga 10 kali ganda lebih pantas berbanding HDD. Oleh itu, keseluruhan laptop anda akan menjadi lebih pantas. (Bayangkan anda mempunyai almari yang lebih sistematik dan tersusun di dalam pejabat anda, keseluruhan kerja anda turut menjadi lebih pantas). Selain itu, SSD juga lebih jimat tenaga, tidak menghasilkan getaran, bunyi dan haba, dan lebih kuat. 


Jadi, adakah SSD hanya dicipta untuk orang kaya sahaja? Tidak. SSD adalah mahal kerana ia merupakan teknologi baharu yang lebih rumit untuk dibina. 

Patutkah anda menggunakan SSD dalam komputer anda?
Bagi saya YA! Anda patut menukar dari HDD kepada SSD. Saya jamin kerja anda akan menjadi lebih pantas. Tiada lagi laptop anda mengeluarkan notis "(Not responding") dengan kerap. Pencarian sesebuah file juga akan menjadi lebih pantas. Namun, perbezaan yang paling ketara dapat dilihat semasa anda menghidupkan komputer anda. Saya telah menukar dari HDD kepada SSD pada tahun lepas. Kesannya amat memberangsangkan. Pada sebelum ini, laptop saya mengambil masa 18 saat untuk 'on'. Setelah bertukar kepada SSD, laptop saya hanya mengambil masa selama 5 saat* sahaja. Selain itu, laptop saya tidak lagi 'hang'. Anda tidak akan menyesal setelah melaburkan amaun wang sangat banyak untuk komputer anda. sahaja

* specs laptop saya: Intel i5-3317U, 6GB DDR3 RAM

Ulasan