1. Tanah yang subur.
Sekian sahaja buat kali ini.
Saya menyarankan anda membeli tanah di kedai. Anda boleh mendapatkan tanah yang sesuai digunakan untuk menanam pokok di nursery pokok dan kedai-kedai lain seperti DIY. Tanah yang dijual telah dicampurkan daripada beberapa jenis tanah mengikut nisbah yang sesuai untuk pertumbuhan pokok. Oleh itu, anda tidak perlu bersusah payah mencari dan mencampurkan beberapa jenis tanah sebelum menanam pokok. Harga satu beg tanah (7kg) adalah lebih kurang RM3 sahaja. Satu beg tanah boleh digunakan untuk satu pasu bersaiz sederhana kecil.
2. Anak pokok.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk mendapatkan anak pokok. Kaedah yang sering saya gunakan ialah keratan batang. Kaedah ini akan menjimatkan wang anda. Contoh pokok yang sesuai dengan kaedah keratan batang ialah pokok bunga ros dan bunga ros Jepun. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan anak pokok di nursery pokok. Harga anak pokok adalah diantara RM5 hingga RM15. Namun, ada juga anak pokok yang harganya boleh menjangkau RM30 ke atas.
3. Penggalak akar.
Penggalak akar amat diperlukan sekiranya anda ingin melakukan keratan batang.
4. Pasu.
Sekiranya anda tinggal di rumah flat, kondominium dan teres kecil, anda memerlukan pasu untuk menanam pokok. Pasu boleh didapatkan di nursery pokok. Terdapat pelbagai variasi pasu. Ada yang besar, kecil, bercorak, dsb. Harga pasu bergantung pada bentuk, saiz dan bahan pasu itu diperbuat. Anda boleh mendapatkan pasu dari harga RM3 hinggalah RM300 ke atas bergantung pada pilihan anda.
*pasu ‘reject’ dijual pada harga yang sangat murah. Anda mungkin mahu mempertimbangkannya.
5. Baja.
Baja bukanlah bahan yang wajib anda ada, namun ia akan memastikan tanaman anda lebih subur. Gunakan baja mengikut arahan yang terdapat pada bungkusannya. Penggunaan baja yang berlebihan akan merosakkan pokok anda.
6. Lokasi.
Pemilihan lokasi untuk meletakkan tanaman amat penting untuk kesuburan tanaman anda. Pastikan lokasi yang anda pilih terdedah kepada cahaya matahari, tidak mengahalang lalulintas, dan tidak berbahaya. Pastikan anda memilih pokok yang sesuai dengan lokasi. Contohnya, anda tidak boleh menanam pokok yang tidak tahan panas di tengah halaman rumah. Setiap pokok juga memerlukan kadar cahaya yang berbeza.
Sekian sahaja buat kali ini.
Ulasan
Catat Ulasan